Wednesday, December 31, 2008

LARIAN AMAL "WALK FOR PEACE"

LARIAN AMAL UNTUKMU PALESTIN
10 JANUARI 2009
SABTU
730-1100 PAGI
ASTAKA TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR

YURAN PENYERTAAN: RM3
HADIAH DISEDIAKAN UNTUK PARA PEMENANG!!!!
BAJU RASMI LARIAN BOLEH DIDAPATI PADA SESI PENDAFTARAN**
SIJIL DISEDIAKAN UNTUK SEMUA PESERTA.

KATEGORI:

LELAKI, Jarak larian 5km:
A: BAWAH 12 TAHUN
B: 13-20 TAHUN
C: 21-30 TAHUN
D: 31 TAHUN KE ATAS

PEREMPUAN,Jarak larian 3km:
E: BAWAH 12 TAHUN
F: 13-20 TAHUN
G: 21-30 TAHUN
H: 31 TAHUN KE ATAS

Tentative program
730 am – pendaftaran peserta
800 am – senaman
830 am – pelepasan peserta lelaki
845 am – pelepasan peserta perempuan
1000 am – tamat larian
1030 am – ketibaan VIPdan dif kehormat
1045 am – Penyampaian hadiah dan jamuan VIP
1100 am – bersurai

Untuk mendaftar, peserta haruslah datang ke lokasi pada waktu yang tertera diatas. JOM SERTAI LARIAN AMAL!!!!


*peserta hendaklah datang berpakaian sukan lengkap dengan berkasut. Nombor lari akan diberi semasa pendaftaran.
* peserta mestilah menamatkan larian dalam tempoh 1 jam 30 minit
*peserta hendaklah mengikut laluan yang telah ditetapkan

Untuk maklumat lanjut,sila berurusan dengan Saudara Hafizudin (0134066773) Download borang penyertaan

PETA LALUAN LARIAN AMAL BAGI PESERTA LELAKI

peta laluan peserta lelaki larian amal untukmu palestin

PETA LALUAN LARIAN AMAL BAGI PESERTA PEREMPUAN

peta laluan peserta perempuan larian amal untukmu palestin

Untuk peserta dari kolej tun syed nasir, kaunter pengesahan pendaftaran akan dibuka pada:

tarikh: 5 dan 8 januari 2009

hari: isnin dan khamis

masa: 9 - 11 malam

tempat: tepi DSG, KTSN

Sila bawa yuran penyertaan sebanyak RM3.

SEKIAN,harap maklum.

** baju boleh didapati dengan harga RM10 bagi peserta dan RM15 bagi bukan peserta.

Tuesday, December 30, 2008

Israeli Navy Attacking Civilian Mercy Ship. TAKE ACTION IMMEDIATELY!


In response to Israel's inhumane bombardment of the Gaza Strip, the FREE GAZA movement launched SS The Dignity on a voyage to Gaza with a cargo of over 3 tons of desperately needed medical supplies donated by the people of Cyprus. The Dignity departed from Larnaca Port in Cyprus at 7pm (UST) on Monday 29 December.
The boat was attacked by the Israeli navy as it approached Gaza, with live ammunition being fired around it, and the boat itself being rammed by an Israeli military boat causing damage. When attacked, the Dignity was clearly in international waters, 90 miles off the coast of Gaza. The Dignity was forced to change course and head towards the Lebanon instead of its intended destination of Gaza.

Those on board reported the following:

The Dignity, a Free Gaza boat on a mission of mercy to besieged Gaza, is being attacked by the Israeli Navy in international waters. The Dignity has been surrounded by at least half-a-dozen Israeli warships. They are firing live ammunition around the Dignity, and one of the warships has rammed the civilian craft causing an unknown amount of damage. Contrary to international maritime law, the Israelis are actively preventing the Dignity from approaching Gaza or finding safe haven in either Egypt or Lebanon. Instead, the Israeli navy is demanding that the Dignity return to Cyprus - despite the fact that the ship does not carry enough fuel to do so. Fortunately, no one aboard the ship has yet been seriously injured.

There are 15 civilian passengers representing 11 different countries (see below for a complete list). At approximately 5am (UST), well out in international waters, Israeli warships began surrounding the Dignity, threatening the ship. At 6:45am (UST) we were able to establish brief contact with the crew and were told that the ship had been rammed by the Israeli Navy in international waters, and that the Israelis were preventing the ship from finding safe harbor. We heard heavy gunfire in the background before all contact was lost with the Dignity.

It is urgent that you TAKE IMMEDIATE ACTION!

CALL the Israeli Government and demand that it immediately STOP attacking the Dignity and endangering the lives of its passengers!

CALL Mark Regev in the Prime Minister's office at:
+972 2670 5354 or +972 5062 3264
mark.regev@it. pmo.gov.il

CALL Shlomo Dror in the Ministry of Defence at:
+972 33697 5339 or +972 50629 8148
mediasar@mod. gov.il

Friends of Al-Aqsa is a UK based non-profit making NGO concerned with defending the human rights of Palestinians and protecting the sacred al-Aqsa Sanctuary in Jerusalem. This vision is supported by various international groups and organisations. Friends of Al-Aqsa was first established in 1997 and now has an international support base.

d

DEMONSTRASI DI DEPAN KEDUTAAN US










DEMONSTRASI DI DEPAN KEDUTAAN US BERTUJUAN UNTUK MEMBANTAH TINDAKAN KEJAM ZIONIS MELAKUKAN PEMBANTAIAN KEJAM DI GAZA.

Monday, December 29, 2008

LET'S WEAR BLACK ATTIRE TOMORROW!

HAMAS launched 3rd intifadha after israeli regime assaulted Gaza yesterday. 300+ martyred and 700+ injured! Students, show our solidarity by wearing ALL BLACK tomorrow!

HOLOCAUST TRAGEDY IN GAZA

SILA LAWATI LAMAN WEB INI UNTUK MELIHAT GAMBAR KEZALIMAN TENTERA YAHUDI....

AYUH KITA BERSAMA BANGKIT MEMBANTU RAKYAT PALESTIN!!!!

http://c4kra.multiply.com/journal/item/81/Pembantaian_Gaza_Dalam_Gambar

KENYATAAN AKHBAR PACE

Assalamualaikum,

Bersama ini saya lampirkan kenyataan PACE tentang isu serangan ke atas Gaza.

PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin) mengutuk sekeras-keras tindakan
biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan
keganasan terbaru. Serangan terbaru ini adalah rentetan dari pelbagai
bentuk pencerobohan dan pelanggaran hak asasi rakyat Palestin sejak
rejim itu mengusir rakyat Palestin
dari tanah air mereka pada tahun 1948 dalam peristiwa Nakbah
(malapetaka) dan menceroboh Baitul Maqdis dan menguasai Masjid al Aqsa
sejak tahun 1967.

Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan
sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan, ubat-ubatan,
bahan api dan bekalan air bersih kini menghadapi serangan
bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan
helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang
awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang dan
lebih 700 orang mengalami kecederaan. Sebilangan besar dari mangsa
adalah wanita dan kanak-kanak. Bilangan kematian dikalangan rakyat
Palestin dijangka akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang
tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh
Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat
tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan
melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu
ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, kematian dan kematian di
kalangan penduduk Gaza.

PACE menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah
merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ini adalah
satu pembohongan yang nyata. Hakikatnya Israel telah merancang
serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata
berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin
hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa
yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan
balas ke atas beberapa provokasi tentera
Israel termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika
tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

PACE juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikat
serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza. Ini
jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk
memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan
kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan
yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam
pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan
kecederaan di kalangan orang awam.

PACE turut mempersoal kenyataan Mahmud abbas yang masih menyalahkan HAMAS ke
atas serangan di Gaza adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak
berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim
zionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti
sejak 18 bulan yang lalu.

PACE menggesa umat Islam dan rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh
dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir
dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu
sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya
Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan,
ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan
kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah
sampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan
untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin
adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk
mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh
mana-mana pihak.

PACE juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab. Kejujuran
kerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untuk
mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan
Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat
Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan
keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri
Mesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakah
Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk
kepada arahan Tel Aviv/USA?

Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat
Gaza, PACE mengsyorkan agar umat Islam mengadakan solat Hajat perdana
dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang
tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang
teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin. Umat Islam harus
insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci Baitul
Maqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .

PACE bersama rakyat Malaysia ingin merakamkan rasa sedih yang amat
mendalam keatas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam
suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah 1430H dan
ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun
baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan
berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu PACE menggesa
seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menyuarakan bantahan supaya
kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA
dihentikan dengan segera.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
29 Disember 2008

Sunday, December 28, 2008

Borang penyertaan Futsal Piala Al-Quds

Download borang penyertaan disini > link 1 atau link 2

Friday, December 19, 2008

Program pada hari kejadian 10 - 11 Januari 09

Semua Program dibawah akan diadakan di Stadium Taman Tasek Titiwangsa dan kawasan sekitarnya....untuk maklumat lebih lanjut anda boleh menghubungi Pengarah Program Saudara


10januari 09(Sabtu)


Larian Amal "Walk for peace"
masa : 7.30am - 11.00am
Kategori Lelaki
a- 12 thn ke bwh
b-13-20
c- 21-30
d-31 ke atas
Kategori Wanita
e-12 thn ke bwh
f-13-20
g-21-30
h-31 ke atas
Untuk mendaftar, peserta haruslah datang ke lokasi dan waktu yang tertera di atas.Yuran penyertaan adalah sebanyak RM3 Sijil disediakan kepada semua peserta. Hadiah-hadiah disediakan kepada para pemenang.
Untuk maklumat lanjut,sila berurusan dengan Saudara Hafizudin (0134066773)
Download borang penyertaan

Futsal Piala Al-Quds

masa : 8.00am - 4.00pm
Peserta harus menubuhkan 1 kumpulan futsal yang terdiri daripada 8 orang pemain. Yuran penyertaan setiap kumpulan adalah RM70(pelajar) dan RM80(bukan pelajar). Terhad kepada 16 kumpulan sahaja. Untuk mendaftar, sila hubungi Pengarah Pertandingan Futsal Piala al-Quds 019-9812113(Zulhelmi).Download borang penyertaan





Pesta Paintball(Liga)

masa : 8.ooam - 6.00pm
Peserta harus menubuhkan 1 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pemain. Yuran penyertaan bagi setiap pemain adalah RM25(50 palette). Untuk mendaftar, sila hubungi Pengarah Pesta Paintball 019-2020191(Munir).
>>harga untuk peluru tambahan rm55 untuk 500palette
p/s - palette tu peluru paintball...



Majlis Pelancaran Program "Untukmu Palestin" dan Forum Bicara Ad-Din - "Nakbah: 60 Tahun Derita Palestin

masa : 7.30pm - 11.30pm
Ahli Panel : Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin
Ustaz Muslim Abu Umar
Ustaz Majer Nadzi bin Munsman (AMAN Palestin)



11januari 09(Ahad)

Pesta Paintball(open)
masa : 8.00am - 6.oopm
Peserta harus menubuhkan 1 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pemain. Yuran penyertaan bagi setiap pemain adalah RM25(50 palette) atau RM40(100 palette). Untuk mendaftar, sila hubungi Pengarah Pesta Paintball 019-2020191(Munir).


Konsert Keamanan



masa : 8.30pm - 11.30pm
Artis jemputan ; Ustaz Nazri(ex-Raihan)
Inteam
Muadz
Al-Gebra
Harga tiket : RM10 sahaja
Orang ramai dijemput hadir.Jika berminat ingin membeli dan membantu penjualan tiket, sila hubungi Pengarah Konsert Keamanan 019-3713179(Syed)

Program lain
Pameran Kembara Derita Al Quds
Expo,Jualan dan Gerai Klinikal
Pertandingan Dekorasi Kek(untuk kanak2)
Pertandingan Mewarna(untuk kanak2) more info?

untuk maklumat lebih terperinci,anda boleh hubungi talian dibawah ;
Tantawi(pengarah program UP) - 0132003675/0176387010
Al Mizan(Exco Program UP) - 0132858378
Rahmah(Penolong Pengarah UP) - 0132762598

Thursday, December 4, 2008

TIKET KONSERT



KONSERT KEAMANAN "WE HEAR WE SEE"

TARIKH : 11/1/09
TEMPAT : STADIUM TITIWANGSA
HARGA : RM 10

MARI KITA BERHIBUR SAMBIL BERAMAL!

Hamas Tuntut akhbar al Ahram Mesir Minta Maaf .

Khamis, 04/12/2008 -Gerakan Pejuang Islam, Hamas meminta akhbar Mesir, al Ahram meminta maaf terhadap pencemaran nama baik yang disengajakan. Perkara ini berkenaan dengan artikel akhbar harian ini yang diterbitkan Rabu (03/12) dengan tajuk "Wajah Sebenar Hamas"

Dalam pernyataannya Hamas meminta pemerintah Mesir menghentikan apa yang disebut gerakan Hamas sebagai "Sumpah Serapah dan Kebohongan Gaya Zionis" yang menggunakan demokrasi Mesir untuk mencemarkan pihak-pihak Arab yang terhormat.

Hamas menegaskan hubungan baik dengan semua negara Arab dan tidak terlibat dalam urusan dalaman mana-mana negara. Dalam waktu yang sama "Hamas menolak sebarang gangguan dalam urusan dalaman Palestin secara negatif dan memihak yang menambah perpecahan di dalam barisan Palestin."

Note:
sumber : COMES
penterjemah : osman

sumber :palestinkini.com

Wednesday, December 3, 2008

UNTUKMU PALESTIN

program UNTUKMU PALESTIN

tarikh : 10-11 januari 2009
tempat : taman tasik titiwangsa,stadium titiwangsa
anjuran : JAKSA KTSN,
antara program2 yang menarik :

1.larian amal "walk for peace"
2.kejohanan "PIALA ALQUDS"
3. forum "NAKBAH: 60 TAHUN DERITA PALESTIN"
4. PESTA PAINTBALL
5. kONSERT KEAMANAN "WE HEAR, WE SEE"


UNTUK SEBARANG PERTANYAAN:

TANTAWI -0176387010


MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBANTU RAKYAT PALESTIN!!!!