Thursday, December 4, 2008

Hamas Tuntut akhbar al Ahram Mesir Minta Maaf .

Khamis, 04/12/2008 -Gerakan Pejuang Islam, Hamas meminta akhbar Mesir, al Ahram meminta maaf terhadap pencemaran nama baik yang disengajakan. Perkara ini berkenaan dengan artikel akhbar harian ini yang diterbitkan Rabu (03/12) dengan tajuk "Wajah Sebenar Hamas"

Dalam pernyataannya Hamas meminta pemerintah Mesir menghentikan apa yang disebut gerakan Hamas sebagai "Sumpah Serapah dan Kebohongan Gaya Zionis" yang menggunakan demokrasi Mesir untuk mencemarkan pihak-pihak Arab yang terhormat.

Hamas menegaskan hubungan baik dengan semua negara Arab dan tidak terlibat dalam urusan dalaman mana-mana negara. Dalam waktu yang sama "Hamas menolak sebarang gangguan dalam urusan dalaman Palestin secara negatif dan memihak yang menambah perpecahan di dalam barisan Palestin."

Note:
sumber : COMES
penterjemah : osman

sumber :palestinkini.com

4 comments:

nur ilanah abdullah said...

i think it is better if u put a chatbox on the blog page.. so that individual that have questions,comments or suggestions can do so..easily..

white john doe said...

yup..plus letak juge "tentang kami"..plus, update2..=)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Farid Bin Mohd Taufik said...

salam....tahniah sahabat....harap program tahun ni berjaya